Search This Blog

Monday, April 16, 2012

Panorama Hill

si paah call..."woi ko gi tak panorama?"
aku: aku gi..npe?
si paah: jomla...dorang da tgu...
aku: kul bp skrg?
si paah: 4.30am dah kot..
aku: what???aku tak mandi lagi weh...
si paah: ha cepat2...

apalagi terkedek2(sj wat drama ckit) aku berlari ke toilet nak basuh muka,mandi bagai...gile lah macam mana bole tak sedar...yela akak ketua a.k.a kak long ruby suruh kumpul 4.15 and 4.30 gerak..tapi aku???4.30 baru bangun...mampuih kena marah ni...pi bilik dodi tengok dia pon xbangun...adoi...gerak punya gerak..bangun la jugak si minah ni...
hmm...dh siap suma dalam kul5 jugak la baru bertolak...oh sorry girls,my mistake..huhu
so bila solat subuh kat sg.lembing tu...maka bermula perjalanan kitorang...
perghh....baru 3minit pertama dah semput....gila lah...almaklumlah badan tak fit pastu gatai nak panjat bukit yang tinggi tak henggat...on the way nak sampai puncak mau 10 kali aku berhenti...dalam hati dok ckp "tula cari penyakit,orang tido sedap2, hg gatai nak naik tgk sunrise"...ah peduli kan...tak kira alang-alang penyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan....hahaha...motivasi di pagi hari..oh bila dah sampai puncak je...automatik penat letih lelah suma terus hilang...sebab hati ku ini tidak sabar2 mahu melihat sang matahari bangun pagi...erkk?hentam saja la albu...so malas nak cakap banyak...moh kite layan je pic yg ada...layannnnn....



Ya Allah...cantik tak si matahari ini??
muka lega selepas semput2...muhahahaha

dod tgk mn??

sangat la cantik view balakang tu kan??

muka riang ria bakal2 scientist...amin

with kak long kite

ni la paah..tukang kejut aku...hehehe

say...goodbye semua...

ok done..!!!

adiosss...



Sunday, April 08, 2012

~ wow CGPA 4.00~

ok sudah terasa agak lama tidak mengupdate belog ini..
almaklumlah busy sangat dgn exam..
ok ladies...actually this is my last midterm exam..
yela ni dah last aku kan..
huk2...tetiba hati ini terasa sayu..
"sayuuu...hati ini makin sayuu..(lagu raya ct)..."
pang!!!...pang!!!...pang!!!
ha kan dah kena lempang...
zeera xyah nak bajet ur voice tu sdp sgt la k...
ok2 fine...
kita serius..

ok bila dah abis exam ni...
terdengar la suara2 yang berkata..
"ALAMAK...macam mana nak naik kan CGPA ni...exam susah giler..dah la last sem...first degree la...2nd class upper mampu dpt tak....and bla..bla..."
byk la rungutan2 yang aku dgr..(including aku...muahahaha)
tapi once upon a time..ececeh..xda la..
di suatu petang sabtu smlm..aku tetiba teringat kata2 seorang yang pernah ckap kat aku...

dia kata lagu ni..

"kita ni selalu sangat kan nak risau pasal cgpa la, duit la, keja la..tapi pernah kah kita ni risau pasal buku2 or catatan yang raqib atib dok catat..?"

gulrp...alaamakkk..

Aah kan...bila di fikirkan balik..kita asik risau je pasal CGPA rendah..CGPA makin trun...nak dapat 1st degree, 2nd degree and macam2 lagi la...
tapi kita pernah tak kita terpikir CGPA buku catatan amalan baik dan buruk kita ni dapat berapa CGPA dia??4.00 flat kah..

and adakah catatan amalan baik kita ni melayakkan kita dapat 1st degree or 4 flat dr ALLAH??or sebaliknya..
buku amalan buruk kita yang dapat 1st degree or 4 flat???
i think we should worry more about this thing kan...
kita patut risau adakah hari dari ke hari amalan2 kita ni semakin naik or makin turun..
for me we should stop, think, and worry about this...
what we gonna get in the hereafter??
adakah Allah akan menganugerahkan"anugerah hamba terbaik" pada kita??
or 
adakah kita ni mendapat anugerah paling baik sehingga melayakkan kita masuk ke neraka Allah??..
tetiba aku rasa seram sejuk..

Ya Allah
AMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI SEMUA..AMIN


yela CGPA masa stdy penting la jugak kan untuk keja nnt
 tapi but for me if we get cgpa terbaik masa study ni pon, its just menunjukan kita ni bole study dengan baik..it is a prove that we good in study but the good CGPA doesn't mean that kita dapat berkerja dgn baik later kan...apa pndapat korang??hmm...
lets think together...





(p/s: agak2 CGPA aku yang sebelah kanan berapa ye??huhu..)


Monday, March 19, 2012

~Indahnya solat yang bernama Subuh~

Assalamualaikum...
Good Morning makhluk-makhluk (manusia2 and pd pokok2,burung2,kucing2 dan semut2 yang dah bgn..huhu) Allah sekalian...


Hmm...seusai aku solat subuh (ayat jiwang...haha) tetiba mata ini tertacap kepada 1  buku yang aku beli tapi tak sempat nak baca lagi...huhu...tajuk dia "Diari Hidup Rasulullah S.A.W"...so aku pon buka la and tajuk yang aku buka tu adalah..."Solat Subuh berjemaah di masjid"(bab 3 actually)...alamak..sebijik aku kena...yela aku solat kat bilik je kan...so dah baca dan menghayati nya...baru aku sedar betapa indah dan istimewanya solat subuh berjemaah ni kan...bukan tu je, solat subuh ni banyak fadhilat2 dia....oh tanpa membuat masa moh ler kite berkongsi tentang "indahnya solat bernama subuh' ini...(owh ye apa yang dituliskan dibawah ini semuanya diambil dari buku ini,so idok ler mereka2 sendiri)






ok before that hadis riwayat Bukhari dan muslim ada menyatakan..

 "solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat insyak dan solat subuh.Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, mereka pasti mendatangi keduanya, walaupon dengan merangkak."

ulama yang menerangkan hadis ini memberitahu bahawa bagi melihat seseorang itu beriman atau munafik,perhatikan solat subuhnya.Sekiranya kita nampak dia solat di saf solat subuh, bolehlah dikatakan yang dia benar-benar beriman.tetapi sekiranya sebaliknya,hatinya sudah dijangkiti virus munafik.

(tips kepada kaum hawa yang nak lelaki beriman: gi masjid then usha mana2 lelaki yang solat subuh jemaah...ha kalo dah jumpa tu grab cepat2..susah oo nak cari yang solat jemaah subuh kat masjid skrg ni...iye tak?tapi before tu check betul2 la kan laki tu sape, kan kena laki orang, naye ko jah..hahaha..)

diantara keistimewaan solat subuh dan keluarbiasaan nya ialah:

1- Solat Subuh adalah solat paling utama yang diwajibkan kepada umat islam disamping solat Asar.

2- Azan solat Subuh berbeza dengan azan solat lain sebab dia ada pertambahan ungkapan ini "Ashshalatu khairum minan naum"(solat itu lebih baik daripada tidur) sebanyak 2x.

3- Rasulullah S.A.W memberikan doa khusus selepas solat subuh yang mana berbeza dengan solat yang lain.Doa ini adalah tambahan wirid penutup solat yang sering dibaca Rasulullah S.A.W setiap kali lepas solat iaitu :
                 
                  Subhanallah (33x)
                  Alhamdulillah (33x)
                  Allahu Akhbar (33X)

Astaghfirullah dan doa-doa lain. oh ye diriwayatkan oleh Abu Dzar yang Rasulluah pernah berkata bahawa sesiapa yang selepas solat subuhnya sebelum dia meninggalkan tempat duduknya dan belum bercakap apa2 dia berzikir

 " la ilaha illallahu wahdahu la syarikalah lahulmulku wa lahulhamdu yuhyi wa yumitu wahuwa 'ala kulli syayin qadir"( Tiada Tuhan selain Allah.Dia tidak memiliki sekutu.Miliknyalah kerajaan dan segala pujian.Dia maha menhidupkan dan maha mematikan) 

sebanyak 10x maka dengan ini:
  • ditulis baginya 10 kebaikan dan dihapus 10 kejahatan
  • diangkat darjat 10x lebih tinggi
  • sehari penuh dia dilindungi daripada syaitan, yang tidak disukai dan tidak ada dosa yang dianggap dosa kecuali syirik.
4- Rasulullah S.A.W selalu menyuruh umatnya memendekkan bacaan solat kecuali solat subuh.

5- solat subuh tidak diqasarkan dan dijamak

ada beberapa hadis dlm buku ni cerita bahawa pada saat inilah yakni solat subuh pengantian malam dan siang bermula dimana pada saat ini jugalah malaikat malam dan malaikat siang berkumpul bagi berganti tugas.

"kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb yang maha mengetahui bertanya kepada mereka, 'bagaimana hamba-hambaku ketika kalian meninggalkan mereke?' para malaikat menjawab," Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami jumpai mereka dalam keadaan solat juga."(hadis riwayat Bukhari)

cuba bayangkan keadaan kita ketika malaikat mereport kat Allah

"kami menemui si polan sedang solat Subuh berjemaah manakala si polan ini pula sedang nyeyak tidur.ternyata solat Subuh bukan menjadi keutamaannya dan dia tidak memberi perhatian pada solatnya!"

sesungguhnya aku terasa...huhu....ampunkan aku  Ya Allah...

yelakan kadang2 tu dengar je azan tapi aku lagi sedap tarik selimut...bukan nye nak cepat bangun solat, lagi sedap tido adalah kan...huhu...teruknye la hamba Allah seorang ni kan...

owh ye solat sunat sebelum atau qabliyah tu kalau nak tahu lebih baik daripda dunia dan seisinya(hadis riwayat muslim).

ok next point...

solat subuh juga didapati menjadi penerang pada Hari Kiamat dimana Rasulullah menyatakan bahawa

"berilah khabar gembira bagi orang yang berjalan dalam kegelapan menuju masjid(bagi mengerjakan solat subuh) dengan cahaya terang benderang(pertolongan ) pada hari Kiamat" (hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah).

yela pada hari kiamat nanti ketika itu semua sumber cahaya di dunia akan padam,matahari digulung dan bintang2 berjatuhan. ketika itu manusia dibangkitkan dalam keadaan gelap gelita tanpa cahaya.so masa ni keperluan cahaya yang diperlukan oleh manusia amat lah diperlukan untuk melintasi shirath dan meraba-raba mencari jalan di tengah kerumunan orang yang teramat ramai.shirath tu mengerikan. hanya orang yang dia kehendaki sahaja yang dapat melintasinya..huhu...seram x??
tak ke??so meh kita bayangkan sirath ni macam mana...

Rasulullah bercerita pada Abu Hurairah...

"Yang pertama sekalii melaluinya berjalan bagaikan kilat"
"Ada pula manusia yang berjalan seperti angin,burung dan kenderaan.perjalanan mereka sesuai dgn amalan mereka semasa  di dunia.
"di kedua-dua belah sirath, terdapat anjing yang terikat, yang diperintahkan menyerang sesiapa sahaja yang mendekatinya, Sesiapa yang berjalan tegak, SELAMAT, manakala yang bertatih-tatih, masuk ke dalam NERAKA,"

huhu....meremang bulu aku baca ni...

oklah sampai di sini aja sih...Actually banyak lagi yang diceritakan dalam buku ni tentang solat subuh tapi maaflah disebabkn kesempitan masa...ada hal mau diselesaikan...so if you want more, better u get this book and read by yourself...(murah je RM11 je)



peringatan untuk aku dan semua yang sudi baca entry ini semoga kita sama2 berjemaah solat subuh di masjid dan amalan2 kita ini beroleh cahayanya di dunia dan juga di akhirat..Allahu Akbar....

wallahualam...


(P/S: trivia-namaku berbin kan suboh ye..unik x??hoho...)





Friday, March 16, 2012

~Rasa sunyi _ Ujian yang patut Disyukuri~

Ujian hidup ini pelbagai. Dan sunyi itu salah satu ujian yang didatangkan. Ia itu satu rasa yang wujud dalam kehidupan manusia. Ia tidak disenangi jua menyeksakan. Menyakitkan diri dalam diam-diam.


Benar ujian itu mungkin pahit pada awalnya, tapi di hujungnya ada manis yang menunggu.Tetapi itu hanya dapat dikecapi oleh hati yang berlapang dada dengan kepayahan,kesakitan mahupun apa jua yang manusia kategorikan sebagi sesuatu yang menyeksakan.


Bila ditenung kembali rasa sunyi yang menjengah dalam hidup, ia membawa kepada satu makna yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa sedar manusia ditunjukkan kepada satu jalan yang sangat mereka perlukan. Jalan yang membuatkan manusia menyerahkan seluruh kehidupan ini kepada Allah dan hidup bersama Allah.Diajar meletakkan seluruh penggantungan hanyalah pada Dia.


Benar sekali bahawa hati manusia akan menjadi meriah apabila diisikan dengan rasa bahawa mereka ada Tuhan yang membuatkan mereka rasa bahagia dengan rasa yang sukar diterjemahkan.


Mungkin orang disekeliling merasakan kehidupan manusia sunyi atas dasar tanggapan-tanggapan yang umum. tetapi sebenar-benar rasa sunyi itu wujud dalam hati yang kosong. Kosong dari rasa kebersamaan bersama ALLAH.


Bila manusia merasa sunyi, isikanlah hati itu dengan cinta kepada ALLAH.Rasa cinta sedemikian membuatkan hidup manusia sangat manis dan akan merasa hairan, bagaimana kita mampu menempuh hidup disaat orang lain sebaliknya. 

Bagaimana? 

BERDOALAH, MEMOHON CINTA-NYA



Ironinya, itulah kekuatan. Jadi apabila manusia diuji dengan rasa sunyi, haruslah disyukuri dengan perasaan yang hadir itu. Sesungguhnya tidak ada satu pun yang sia-sia. Bukalah mata hati itu agar dapat melihat seluas-luasnya hikamah disebalik setiap ujian yang diizinkan berlaku.

Mudah-mudahan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Bukankah kepada-NYa nanti kita akan bakal kembali...

Wallahualam...








Tuesday, March 13, 2012

~Andai Kau JodohKu~






Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang Halal, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu kerana kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan.
Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..


Jarak paling JAUH antara diriku & dirinya adalah saat dia diHADAPANKU tapi dia BUKAN MILIKKU..
Jarak yg PALING DEKAT antara diriku & dirinya adalah saat dia menjadi yang HALAL untukku..
Dan HAL yang dapat MENYATUKANNYA adalah CINTA kerana Allah dalam IKATAN PERNIKAHAN yang INDAH & DIREDHAI olehNYA..Tunggu Sampai HALAL dulu lah ya?? IsyaAllah. 


_(source from: Pakar Diari Hati on http://mediaserius.com)_

Sunday, February 12, 2012

~Hati Sakit~



Pengorbanan diperlukan untuk sesuatu yg lebih baik
walaupun perit dalam menghadapinya
demi mencapai keberkatan yang lebih baik
hati yang sakit perlu tabah mengharunginya





demi mencapai sesuatu yang lebih abadi
hati terpaksa melepaskan sesuatu yang disayangi
moga yang dicapai akan dipenuhi
untuk hidup lebih diberkahi....

Di Persimpangan Dilema

Terlalu berat ujian yang diberi....Memilih sesuatu yang amat penting dalam hidup..Walaupon puas memikirnya masih belum bertemu juga jawapan ...