Search This Blog

Thursday, April 19, 2012

~Mak...Saya nak kawen boleh tak?~

Mak, saya nak kahwin.mak janganlah bersusah hati ya, ini kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah. Daripada Anas r.a, katanya telah bersabda nabi S.A.W bahawa perkahwinan adalah sunnahku, sesiapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku. Allah S.W.T menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasang-pasangan, berkasih-sayang, bahagia, dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal. Fitrah tersebut dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah. Boleh tak mak?


Mak, saya nak kahwin. mak janganlah menghalang keinginan saya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan. Namun cinta jangan dilawan, kerana bila jodoh datang bertandang, tiada siapa yang mampu menolak kuasa Tuhan. Boleh tak mak?



Mak, saya nak kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari. InsyaAllah, si dia yang bergelar suami tidak akan menghalang saya menuntut ilmu, kerana kami berdua dahagakan ilmu. Ingatkah Mak, menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW:
SAW bersabda: “Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”
Mak, saya nak kahwin. Walaupun si dia yang merupakan lelaki pilhan saya masih belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Mak, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada si dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi. Mak, perkahwinan juga adalah benteng mempertahankan maruah dan harga diri. Sesungguhnya, manusia perlu berkahwin adalah disebabkan tuntutan psikologi dan fitrah dijadikan Allah. Maka atas tuntutan itu, tanpa adanya perkahwinan, manusia akan terjerumus ke lembah perzinaan dan maksiat. Nauzubillah.

Mak, saya nak kahwin. Percayalah yang calon suami saya memang sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jangan dilihat pada kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula. Walaupun, Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi si dia tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh dan dapat membimbing saya ke jalan Allah.

Mak , saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana si dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya. Namun, sekirannya mak bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon suami yang dicari, tapi calon ayah kepada cucumu yang akan dicari.
 
Mak, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

Mak,  tapi apakan daya saya hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh Mak dan ayah juga, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak Mak dan ayah ini, amin.
 Mak, Boleh Tak Anakmu Ini Nak Kahwin? 

source from http://wanitasihat.com

Pangggg....


owh ruzira back to reality k...hahaha..


maka monolog antara cik hati dan aku pon berlaku

cik hati:berani ka hang nak ckp mak ayah hang??
aku:sudah tentu tidak...tidak berani!!...


cik hati : sudah bersediakah hang nak pikul tanggungjawab sebagai isteri??....
aku: oh..gulps...tidak pasti....


hati :adakah hang sudah bersedia nak hadapi segala cabaran2 yg akan datang selepas kahwin??...
aku: oh tidak pasti jugak,rasa macam diri belum kuat lagi....takut pulak nanti jadi   isteri derhaka...nauzubillah..


cik hati :so??...
aku:ok2 paham dah...kena sabar and make preparation la kan...


cik hati:ha tau pon...Allah knows better what is good for you..just pray ok.
aku: baiklah...








Monday, April 16, 2012

~i can see you~


yeah you..
i can see you now...
i can see you better than before...
eventhough you're so far far away from me..
 through my heart i can see you..
i am happy for this opportunity..
Alhamdulillah...



p/s: bebelan semata-mata..bosan!!

Panorama Hill

si paah call..."woi ko gi tak panorama?"
aku: aku gi..npe?
si paah: jomla...dorang da tgu...
aku: kul bp skrg?
si paah: 4.30am dah kot..
aku: what???aku tak mandi lagi weh...
si paah: ha cepat2...

apalagi terkedek2(sj wat drama ckit) aku berlari ke toilet nak basuh muka,mandi bagai...gile lah macam mana bole tak sedar...yela akak ketua a.k.a kak long ruby suruh kumpul 4.15 and 4.30 gerak..tapi aku???4.30 baru bangun...mampuih kena marah ni...pi bilik dodi tengok dia pon xbangun...adoi...gerak punya gerak..bangun la jugak si minah ni...
hmm...dh siap suma dalam kul5 jugak la baru bertolak...oh sorry girls,my mistake..huhu
so bila solat subuh kat sg.lembing tu...maka bermula perjalanan kitorang...
perghh....baru 3minit pertama dah semput....gila lah...almaklumlah badan tak fit pastu gatai nak panjat bukit yang tinggi tak henggat...on the way nak sampai puncak mau 10 kali aku berhenti...dalam hati dok ckp "tula cari penyakit,orang tido sedap2, hg gatai nak naik tgk sunrise"...ah peduli kan...tak kira alang-alang penyeluk perkasam,biar sampai ke pangkal lengan....hahaha...motivasi di pagi hari..oh bila dah sampai puncak je...automatik penat letih lelah suma terus hilang...sebab hati ku ini tidak sabar2 mahu melihat sang matahari bangun pagi...erkk?hentam saja la albu...so malas nak cakap banyak...moh kite layan je pic yg ada...layannnnn....



Ya Allah...cantik tak si matahari ini??
muka lega selepas semput2...muhahahaha

dod tgk mn??

sangat la cantik view balakang tu kan??

muka riang ria bakal2 scientist...amin

with kak long kite

ni la paah..tukang kejut aku...hehehe

say...goodbye semua...

ok done..!!!

adiosss...



Sunday, April 08, 2012

~ wow CGPA 4.00~

ok sudah terasa agak lama tidak mengupdate belog ini..
almaklumlah busy sangat dgn exam..
ok ladies...actually this is my last midterm exam..
yela ni dah last aku kan..
huk2...tetiba hati ini terasa sayu..
"sayuuu...hati ini makin sayuu..(lagu raya ct)..."
pang!!!...pang!!!...pang!!!
ha kan dah kena lempang...
zeera xyah nak bajet ur voice tu sdp sgt la k...
ok2 fine...
kita serius..

ok bila dah abis exam ni...
terdengar la suara2 yang berkata..
"ALAMAK...macam mana nak naik kan CGPA ni...exam susah giler..dah la last sem...first degree la...2nd class upper mampu dpt tak....and bla..bla..."
byk la rungutan2 yang aku dgr..(including aku...muahahaha)
tapi once upon a time..ececeh..xda la..
di suatu petang sabtu smlm..aku tetiba teringat kata2 seorang yang pernah ckap kat aku...

dia kata lagu ni..

"kita ni selalu sangat kan nak risau pasal cgpa la, duit la, keja la..tapi pernah kah kita ni risau pasal buku2 or catatan yang raqib atib dok catat..?"

gulrp...alaamakkk..

Aah kan...bila di fikirkan balik..kita asik risau je pasal CGPA rendah..CGPA makin trun...nak dapat 1st degree, 2nd degree and macam2 lagi la...
tapi kita pernah tak kita terpikir CGPA buku catatan amalan baik dan buruk kita ni dapat berapa CGPA dia??4.00 flat kah..

and adakah catatan amalan baik kita ni melayakkan kita dapat 1st degree or 4 flat dr ALLAH??or sebaliknya..
buku amalan buruk kita yang dapat 1st degree or 4 flat???
i think we should worry more about this thing kan...
kita patut risau adakah hari dari ke hari amalan2 kita ni semakin naik or makin turun..
for me we should stop, think, and worry about this...
what we gonna get in the hereafter??
adakah Allah akan menganugerahkan"anugerah hamba terbaik" pada kita??
or 
adakah kita ni mendapat anugerah paling baik sehingga melayakkan kita masuk ke neraka Allah??..
tetiba aku rasa seram sejuk..

Ya Allah
AMPUNKAN DOSA-DOSA KAMI SEMUA..AMIN


yela CGPA masa stdy penting la jugak kan untuk keja nnt
 tapi but for me if we get cgpa terbaik masa study ni pon, its just menunjukan kita ni bole study dengan baik..it is a prove that we good in study but the good CGPA doesn't mean that kita dapat berkerja dgn baik later kan...apa pndapat korang??hmm...
lets think together...





(p/s: agak2 CGPA aku yang sebelah kanan berapa ye??huhu..)


Di Persimpangan Dilema

Terlalu berat ujian yang diberi....Memilih sesuatu yang amat penting dalam hidup..Walaupon puas memikirnya masih belum bertemu juga jawapan ...