Search This Blog

Friday, March 16, 2012

~Rasa sunyi _ Ujian yang patut Disyukuri~

Ujian hidup ini pelbagai. Dan sunyi itu salah satu ujian yang didatangkan. Ia itu satu rasa yang wujud dalam kehidupan manusia. Ia tidak disenangi jua menyeksakan. Menyakitkan diri dalam diam-diam.


Benar ujian itu mungkin pahit pada awalnya, tapi di hujungnya ada manis yang menunggu.Tetapi itu hanya dapat dikecapi oleh hati yang berlapang dada dengan kepayahan,kesakitan mahupun apa jua yang manusia kategorikan sebagi sesuatu yang menyeksakan.


Bila ditenung kembali rasa sunyi yang menjengah dalam hidup, ia membawa kepada satu makna yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Tanpa sedar manusia ditunjukkan kepada satu jalan yang sangat mereka perlukan. Jalan yang membuatkan manusia menyerahkan seluruh kehidupan ini kepada Allah dan hidup bersama Allah.Diajar meletakkan seluruh penggantungan hanyalah pada Dia.


Benar sekali bahawa hati manusia akan menjadi meriah apabila diisikan dengan rasa bahawa mereka ada Tuhan yang membuatkan mereka rasa bahagia dengan rasa yang sukar diterjemahkan.


Mungkin orang disekeliling merasakan kehidupan manusia sunyi atas dasar tanggapan-tanggapan yang umum. tetapi sebenar-benar rasa sunyi itu wujud dalam hati yang kosong. Kosong dari rasa kebersamaan bersama ALLAH.


Bila manusia merasa sunyi, isikanlah hati itu dengan cinta kepada ALLAH.Rasa cinta sedemikian membuatkan hidup manusia sangat manis dan akan merasa hairan, bagaimana kita mampu menempuh hidup disaat orang lain sebaliknya. 

Bagaimana? 

BERDOALAH, MEMOHON CINTA-NYA



Ironinya, itulah kekuatan. Jadi apabila manusia diuji dengan rasa sunyi, haruslah disyukuri dengan perasaan yang hadir itu. Sesungguhnya tidak ada satu pun yang sia-sia. Bukalah mata hati itu agar dapat melihat seluas-luasnya hikamah disebalik setiap ujian yang diizinkan berlaku.

Mudah-mudahan menjadi manusia yang sentiasa bersyukur kepada ALLAH, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang..

Bukankah kepada-NYa nanti kita akan bakal kembali...

Wallahualam...








No comments:

Post a Comment

Di Persimpangan Dilema

Terlalu berat ujian yang diberi....Memilih sesuatu yang amat penting dalam hidup..Walaupon puas memikirnya masih belum bertemu juga jawapan ...